← Kembali

Polisi pembelian dan privasi

Tiada refund

Pembelian Petah Pro adalah muktamad dan tiada refund. Sila semak apa yang disertakan di halaman tawaran sebelum membayar. Anda perlu menandakan persetujuan ini sebelum bayaran dibuat.

Apa yang anda dapat

Petah Pro dibayar sekali dan dibuka dalam akaun anda. Tiada yuran bulanan. Harga Petah Pro boleh berubah mengikut peringkat jualan, dan harga yang anda lihat semasa membayar ialah harga yang anda bayar. Kursus tambahan yang dijual berasingan tidak termasuk dalam bayaran Petah Pro.

Akaun

Akses dikaitkan dengan emel yang anda isi semasa membeli, dan untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Berkongsi akaun atau kandungan Petah Pro dengan orang lain tidak dibenarkan.

Data yang kami simpan

Kami menyimpan emel, nama (jika anda isi), kata laluan anda dalam bentuk yang disulitkan, dan kemajuan belajar anda supaya anda boleh sambung di mana-mana peranti. Kami tidak menjual data anda kepada pihak lain.

Bayaran

Bayaran diproses oleh Stripe. Nombor kad atau maklumat perbankan anda dimasukkan terus di halaman Stripe dan tidak disimpan oleh Petah Pro. Kami menerima emel anda dan pengesahan bahawa bayaran berjaya.

Padam akaun

Anda boleh memadam akaun dan data anda bila-bila masa melalui halaman Profil dalam app. Pemadaman adalah kekal. Jika mahu login semula, anda perlu membeli ulang.

Ada masalah?

Kalau bayaran berjaya tetapi akses tak terbuka, atau ada masalah teknikal, hubungi kami dan sertakan emel yang anda guna semasa membeli. Kami akan membantu membetulkannya.