

Awak bukan tak ada bakat, bukan tak pandai cakap, Cuma awak tak tahu rahsia petah bercakap.
Kalau tahu formula, semua jadi mudah
Petah Pro bukan ebook, tapi satu sistem interaktif, lengkap & mudah untuk mengatasi rasa malu, takut bercakap dan komunikasi yang kaku.
Formula Petah Pro Lengkap & Padat





















- Sistem canggih & interaktif
- Web, tablet dan telefon
- Tiada yuran bulanan



Jangan biarkan impian dan cita-cita anda terkubur disebabkan tak pandai bercakap.
Adakah ini anda?
- Tak tahu cara nak sembang-sembang
- Gugup bila bercakap dengan orang baru atau orang atasan
- Susah nak bercakap dengan anak atau ibu bapa
- Cakap mendatar dan kaku, perbualan cepat jadi bosan
- Risau sifat introvert halang diri untuk maju
- Nak besarkan circle, tapi ada masalah komunikasi
- Ada bakat, tapi introvert dan malu nak serlahkan
- Risau apa orang akan fikir
- Takut dikritik atau tersilap cakap
- Idea ada, tapi tak berani sebut
- Senyap dalam mesyuarat walaupun tahu jawapannya
- Malu bila perlu bersuara
- Malas nak mulakan, lalu terus tertangguh
- Tak tahu nak susun ayat dalam kepala
- Susah nak cakap "tidak", takut orang kecil hati
- Nak pujuk orang tapi takut nampak memaksa
Anda tak keseorangan. Berkomunikasi ialah kemahiran, dengan formula Petah Pro, ini semua bukan lagi masalah
Tiga perkara kecil yang boleh anda cuba hari ini
Ulang dan ringkaskan
Bila orang habis bercakap, ulang kata kuncinya dan ringkaskan sebelum anda menjawab. Orang akan rasa didengari.
Tanya soalan susulan
Satu soalan kecil seperti “lepas tu macam mana?” akan menghidupkan sembang dan nampak anda berminat.
Jawab ringkas tapi mesra
Kalau penat atau tak tahu nak cakap apa, jawapan pendek yang mesra lebih baik daripada diam.
Itu sebahagian kecil sahaja. Dalam Petah Pro, setiap kemahiran diberi dalam formula ringkas yang mudah diikuti.
Apa itu Petah Pro?
Petah Pro ialah sistem pembelajaran komunikasi dalam bahasa Melayu Malaysia. Setiap kursus direka supaya mudah difahami, ilmu yang padat & seronok untuk belajar. Anda juga akan dapat sijil tamat kursus.
Apa yang anda dapat
Formula siap pakai bila otak kosong
Kad rangka seperti FORD, STAR dan PREP bantu anda susun apa nak cakap, walaupun tengah blank. Pilih satu, ikut langkahnya.
Belajar ikut rentak
Bab tersusun kemas. Berhenti bila perlu, sambung bila sedia. Tiada jadual yang memaksa.
Contoh yang nyata
Perbualan dan senario komik daripada situasi biasa: di tempat kerja, dengan kawan, dengan keluarga.
Uji diri sendiri
Kuiz di hujung setiap bab membantu anda pastikan apa yang anda faham.
Merangkumi banyak situasi
Daripada sembang harian, dengar dan tanya, bahasa tubuh, hingga bercakap dengan tegas tanpa kasar.
Bayar sekali, akses seumur hidup
Tiada yuran bulanan. Progress belajar anda disimpan dalam akaun anda.
Cara bermula
Dapatkan akses
Dapatkan sekarang sementara masih murah. Ada banyak update di masa depan.
Log masuk
Selepas bayaran berjaya, anda boleh log masuk ke akaun Petah Pro anda.
Mula belajar
Pilih kursus, kad, scenario, mindset yang paling anda perlukan dan mulakan dengan satu bab.
Jangan tunggu harga naik
Harga akan naik pada bila-bila masa!
Bila harga pembeli awal ini ditutup, anda perlu bayar RM65. Itu RM20 lebih mahal. Harga murah ini hanya untuk pengguna baru sahaja. Siapa cepat dia dapat.
Semua ini milik anda, sekali bayar





















21 kursus · 309 bab · 309 contoh perbualan · 19 kad · 50 senario · 12 mindset
Bayar sekali, akses seumur hidup. Pembelian adalah muktamad dan tiada refund. Baca polisi
Soalan lazim
Perlu bayar dahulu baru boleh log masuk?
Ya. Akses Petah Pro dibuka selepas bayaran berjaya, kemudian anda log masuk ke akaun anda.
Di peranti apa saya boleh guna?
Komputer, tablet dan telefon. Ikut keselesaan anda.
Berapa lama akses saya?
Seumur hidup. Selagi anda tidak padam akaun anda di Petah Pro.
Sesuai untuk saya yang pemalu atau introvert?
Ya. Ada kursus khusus untuk rasa malu, introvert dan takut dinilai orang, ditulis dengan nada yang lembut dan praktikal.
Ada refund?
Tiada. Semua pembelian adalah muktamad, jadi pastikan anda yakin sebelum membayar.
Boleh kongsi akaun dengan orang lain?
Boleh kongsi dengan seisi keluarga, log masuk dengan email yang telah anda daftarkan.